Puding roti bakar


Bismillah...


ingat lagi tak haritu pernah bagitau ada tiga benda yang saya teringin nak makan?

alaaaa...tak ingat ? o.k lah tengokkat entry ni
tengok stok roti kat rumah dah dekat nak expired
Tn.John pagi-pagi kalau tak makan nasi dia makan roti ...sbb tu ade stok roti kat rumah :P
jadinya ..tanpa berlengah-lengah terus cari bahan ...
o.k meh la tengok macammane cara saya yang tak berapa nak reti buat ni
menghasilkan puding roti bakar
kalau nak cuba yang kukus disini




bahan-bahan yang diperlukan ialah

roti butterscotch
500 ml Susu segar
3 sudu besar gula halus (kalau nak manis tambah la lagi 1 sudu)
2 sudu besar butter (yang dicairkan)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil asen vanila
coklat chip dan hirisan badam


Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
Kacau dan gaul rata gula, butter, telur dan esen vanila.
Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan yang telah direndam.



Kemudian taburkan coklat chip pada lapisan pertama dan lapisan atas
taburkan juga hirisan badam . (optional)

kemudian bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak.



Hasil puding rotiyang siap dibakar



untuk sos


1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung custard
2 sudu besar gula


kacau bahan sehingga sos sedikit pekat.





Tuangkan sos ke atas roti ketika menghidang
Selamat mencuba







2 comments:

cheqna said... Reply Comment

boleh buat ni =)

Fazleyatul Aini said... Reply Comment

ok bahaya bukak entry ni
bergelodak perutku
memang feveret puding roti
tapi sangat jarang buat sebab orang kat rumah sume tak makan, saya sorang je makan. sob sob sob