Ulangkaji agama : Sunat Ada’ad dan Sunat hai'ah

Bismillah 
semalam mak call...mak mintak carikan maklumat tentang rukun solat ...
jadi saya pun carilah boleh refresh balik ..kita solat tapi kadang-kadang dah terlupa mana yang wajib dan mana yang sunat ....buat dua-dua memang lagi bagus kan ...
pastu jumpa tentang 
sunat ab'ad dan sunat hai'ah yang ada dalam rukun solat .....
dulu dah lama ada belajar ..tapi bila dah lama-lama kita pun lupa ....
jadi jom refresh balik .....

Pengertian
· Sunat Ada’ad ialah amalan sunat dalam sunat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan dikehendaki melakukan sujud sahwi .
· Sunat Hai’ah ialah amalan sunat dalam solat yang jika ditinggalkan , tertinggal atau tidak dilakukan tidak dikehendaki melakukan sujud sahwi .

Perkara-Perkara didalam Sunat Ab’ad
a. Membaca doa Qunut ketika solat Subuh
b. Membaca Tahiyyat awal
c. Membaca ( ) pada tahiyyat akhir .

Bacaan ketika sujud sahwi


maksudnya : maha suci Allah tidak tidur dan tidak lupa
hendaklah dibaca tiga kali .

Perkara-Perkara Sunat Hai’at

a. Mengangkat kedua-kedua tangan ketika Takbiratul ihram
b. Mengangkat kedua-dua tangan ketika hendak rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyyat awal
c. Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri membaca Fatihah dan surah
d. Membaca doa iftitah
e. Membaca amin selepas fatihah
f. Membaca ( sebelum membaca Fatihah
g. Membaca surah atau ayat Al Quran selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama dan kedua
h. Menyaringkan bacaan Fatihah pada solat Isyak, maghrib dan subuh
i. Membaca Allahuakbar ketika rukuk, sujud dan bangun daripada sujud
j. Membaca ( ) ketika iktidal dan membaca ( ) ketika takbir sesudah rukuk
k. Membaca tasbih tiga kali ketika rukuk
l. Membaca tasbih tiga kali ketika sujud
m. Membaca ( ) ketika duduk antara dua sujud .
n. Duduk iftirash dan duduk tawarruk .

No comments: