Tadarus Al-Quran

Bismillah ...

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dapat  lagi join Tadarus 
rase beruntung bekerja di tempat yang boleh buat amal ibadat macam ni 
peluang dah ade rugi sgt kalau kita lepaskan ...
 Ni masa hari pelancaran ....
ade penceramah dan Kumpulan nasyid ....tahun ni kurang sikit yang hadir...
sebab buat hari isnin rasenya...org maybe ramai cuti isnin pertama puasa tu 
tahun lepas penuh sampai berdiri 
 Our Minister melancarkan program Tadarus dengan membaca ayat Al-Quran 
ni kumpulan Tadarus saya.. :) 
Alhamdulillah seronok dapat mengaji ramai-ramai 

o.k...ni ade adab ketika bertadarus ye kawan-kawan 

Mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menyentuh mashaf al-qur’an.

Disunatkan mengadap qiblat sekiranya membaca seorang diri.

Semua ahli kumpulan tadarus duduk dalam bulatan atau halaqah dalam jarak yang bersesuaian agar bacaan dapat didengar oleh semua ahli.

Semua ahli halaqah tadarus akan membaca ayat-ayat suci al-qur’an secara bergilir-gilir dan bacaan akan disemak oleh ahli-ahli yang lain. bacaan secara talaqqi musyafahah ini adalah amalan tahunan Nabi Muhammad s.a.w. bersama malaikat Jibril a.s. sewaktu hayat baginda.

Bacaan mestilah mengikut hukum tajwid dan tidak dibaca terlalu laju supaya cepat habis.

Semua ahli halaqah berlapang dada menerima teguran daripada ahli-ahli yang lain demi meningkatkan mutu bacaan al-qur’an

.Sekiranya qari membaca ayat sajadah, qari dan ahli halaqah yang lain bersama-sama sujud mengadap kiblat.

Sebaik-baiknya halaqah tadarus menumpukan kepada bacaan semata-mata dan boleh dicari masa lain yang bersesuaian bagi maksud mempelajari tafsiran ayat yang dibaca.


Sekian 

1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

alhamdulillah.. mmg 1 peluang yg sgt b'harga!