Ride Bandaraya Bersejarah

Bismillah 

"you must not lose faith in humanity.Humanity is an ocean;
if a few drops of the ocean are dirty,the ocean does not become dirty" 
Mahatma Gandhi

ha...start menulis dah keluar quote kau ...hihihi 
yela kena tiup aura positif nak menulis ni kalau tak mood tu so-so je 
nak menaip bukan main berat jari ni ...hahaha
dah macam guna type writer zaman dulu-dulu pulak 

sambung dari jalan-jalan kat Tanjung Piai 
masa balik awal pagi lagi kami dah check out dari Kukup Golf Resort tu 
pagi-pagi ni sejuk nk ride pun selesa sikit 
tak sempat pun nak swimming kat pool 
huhu

 Destinasi kami lepas ni adalah laut 
jadi kami decide nak ke Pengkalan Balak 
tak pernah sampai jadi jom lah kita jenjalan 

panas dah masa sampai sini 
muka hakak pun dah terbakorrr...macam udang panggang merahnya 
😂😂
 lepak kejap kat situ kami gerak terus ke Bandaraya Melaka 
nak kena cari tempat beristirehat 
hotel tak book apa pun harus lah kena cari 

Haish..bila masanya Melaka ni tak jem kan ? 
nak-nak hari cuti panjang sikit macam hari tu 
nasib baik ley selit-selit 
kekiri-kekanan kami ..hiah..hiahhh sampai ...hahaha
masa OTW tu nampak kedai ni 
kat melaka ni makan apa je yang tak kena beratur ? hihihihi 


kami singgah ...baru beratur dua tiga tapak keria dah habis 
so tn.John ajak makan laksa je 
o.k la ...kami duduk nak makan laksa 
tunggu 10 minit tak de laksa pun sampai 
jadi xpe lah saya bangun dan pergi tunggu beratur sekali ngan orang yang bungkus 
Tn.John duduk kat meja ...bila saya dah ambil laksa 
tak de pun orang datang tanya nak minum apa?

laksa sedap! tapi pedas ! air nan hado ? 
berapi sikit kat situ 
bila tanya ada air tak ? keluar seorang pelayan kedai (indon) 
dia cakap ais batu habis....so Tn.Jihn cakap xpe bagi air suam aje 

dia cakap lagi , air suam xde ada air panas je ...
Tn.John cakap xpe bagi je air tu ...
biasa minta air suam pun yang datang tu panas jee...
tak de jugak air ? hurrrmmm kami bangun tanpa minum air ...
sekian...hahahha paneh je hati 

pusing punya pusing kami pilih hotel ni 
sebab nampak ada parking motosikal yang selamat 


Malacca Straits Hotel
Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
60 6-286 1888
bilik dia besar dan selesa 
furniture dia classic o.k ...dan harga sgt berpatutan 
memang terletak kat tengah-tengah bandar ...
kami jalan kaki je malam tu area Dataran Pahlawan Melaka 
 cadang nak makan McD 
tapi faham la ....McD kalau nak makan ayam goreng sekarang ni 
manjang nye out of stock 
-___________-" 


sekali tinjau-tinjau nampak kedai Wong solo 
selalu makan kat Bangi je rupanya kat Melaka pun ada...terus lintas jalan pergi sana


Perut dah di isi haruslah jalan lebih cargas ...haha 
tak sangka Tn.John nak ajak naik Menara Taming Sari ni 
untuk pemegang IC bayaran adalah RM17 Dewasa 

tak tau pulak sambil dia naik ke atas tu dia berpusing ...haha 
Tn.John is gayat....ekeke 
kat atas nampak permandangan subhanallah so nice 
tapi tak de plak snap pic kat atas tu ...teruja terus terlupa ..hihi 

lepas naik ni kami jalan ke Jonker Walk ....
Ya Rabbi ramai nya manusia ...stress mak incik 
sesak sgt, panas! dah macam kat Petaling Strait je rupanya Jonker Walk ni 
banyak gerai cina je ...

lepas jalan kat Jonker Walk 
kaki pun sakit nak walk-walk balik Hotel...wakakka 
padan muko 
tapi tetap jugak la seret kaki balik..jauhhhhhhnya rasa hotel kami 
nak naik beca kesian plak pada penarik beca tu ..weolss is berat ...hahaha 
jadi seret la kaki balik ke Hotel 

sesat o.k....hahah siap lalu jambatan atas sungai yang ada cruise tu 
pusing punya pusing nasib baik la Tn.John jumpa jalan balik..hahha
isteri dia dah tak boleh fokus..kaki dah sakit dan penat asyik nak hangin je..wakakaka


seawal pagi kami dah check out 
Jonker Walk pagi sunyi sepi 
so snap sekeping ..haha malam tak yah citer dah macam biji betik manusia ...

 singgah sini kjap 



 sarapan Mee Hassan 
 sampai sini mee tak perlu beratur - Good news? 
diorang akan hantar ke meja ye 

yang beratur 1 kilo tu untuk telur ye 
hahaha....asalnya saya  nak order telur 2 biji je..sorang satu 
tapi bila dah kena beratur berjela... ubah fikiran terus...
4 butir telur goreng...see Emo kan hakak ni 
kalau siapa yang kurang daya ketahanan 
kesabaran tahap tisu baik goreng aje mee kat rumah ...letak udang, sotong, sawi 
pastu goreng telur mata guna minyak sambal ...
dah Inshaallah kau tak kan Emo malahan lebih happy ...hahahha 


My Husband Happy face? mih..mih..mih 
lepas happy face ni la jadi angry face 
beg tertinggal kat Pantai Klebang ! 
Tank Bag tu Tn.John sangkut kat ranting pokok kat Pantai Klebang ni 
bila nak gerak pi Coconut shake dia lupa ambik


haa....sampai coconut shake sempat snap gambar lagi...hahahha 
turun dari motosikal tanya dia Bag mana ?
terus darah tinggal sesudu uolssss 
dalam beg tu duit tak de 
tapi ada segala jenis kad, IC , Kad Bank , Kad Kredit 
dan ada 4 biji Hand phone gila tak cuak 

Tn.John dah macam orang gila pulas moto pergi balik kat Pantai Klebang tu 
Alhamdulillah masih ada rezeki 
syukur sgt 
jangan Cuai...Jangan Cuai 
nasib masih ada rezeki Allah nak bagi 
Syukur sangat  

lepas makan coconut shake kami pergi lepak kat Tanjung Bidara kejap 
duduk rehat-rehat ambil angin laut kami gerak semula untuk makan Mango Float 

 yeah...Mango Float dikala panas memang win 
satu tak cukup 
masa ni beratur untuk beli meat ball 
sedap o.k meat ball tu saya beli yang RM9.90
ada roti dan mashed potato 

Selain tu kami makan Mee Kari Tn.John beli keropok lekor jugak 
Keropok Lekor cheese 
puas la makan ...haha 

kami bertolak balik ke KL dan sampai kat rumah 6.30 p.m 
puas merayap.
tapi masih belum pusing satu malaysia akan ada trip lain lagi 
next trip is Penang ! 

Ohya....kami jalan-jalan bajet kecik je 
untuk makan , penginapan dan minyak si kuda hitam aje 
Hotel RM98 + RM75 (dah bayar kat Agoda) 
Minyak : RM 80 pergi balik 
makan-makan RM 150

save kan? 

Sekian 

5 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

mee bodoh. aril pilus yg kata. bkn leez yg kata. he3..

adianiez AIDA said... Reply Comment

welcome to melaka...
mee bodoh. mango float. aida sendiri lom rasa ha ha ha :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@ArELeEz tak sampai hati nak cakap mee tu bodoh..hahaha..kesian dia :P

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@adianiez AIDA hihihi mango float tu AIda kna try sebab sedap ... Mee tu optional la ..hihihi

LYAfrina said... Reply Comment

Dapppnyerrr